Make your own free website on Tripod.com

 

PENGALAMAN MENJAGA ANAK KURANG UPAYA.

 

 

            Menjadi seorang isteri, wanita berkerjaya dan seorang ibu kepada anak istemewa , tidak semudah yang difikirkan.  Apabila kita menunggu kelahiran seorang bayi, pastinya kita mengharapkan seorang bayi yang sihat dan comel, namun kita tidak boleh mengatasi takdir Allah S.W.T.  Tanggal 31/10/1997 lahirlah seorang bayi  yang mengelami kekurangan dari segi fizikal, iaitu sumbing di bahagian mulut dan bibir.  Namun saya masih bersyukur kerana anak tersebut sihat ditambah pula dengan jaminan doctor yang menyatakan bahawa kecacatan itu adalah normal dan boleh diperbaiki melalui pembedahan plastik apabila bayi tersebut berumur 3 ke 6 bulan. Dalam kepayahan untuk menjaga bayi tersebut siang dan malam, hari berlalu bagaikan berkurun rasanya . Suatu berita yang amat mengerunkan, ketika bayi tersebut berusia sebulan pihak hospital mendapati sesuatu yang tidak normal terdapat pada anakku.  Seusia sekecil itu bayi itu terpaksa di buat CT Scan (Brain). Laporan dari CT Scan ( Brain) mendapati  anakku juga mengelami kecatatan otak yang dipanggil “holoperencephaly”. Ketika itu saya sebagai ibu  seakan tidak mempercayai apa yang berlaku namun terpaksa menerima  suratan takdir meskipun ianya meranapkan segala harapan sebagai seorang ibu, ketika itu saya terfikir kiranya tuhan tidak memanjangkan usia saya siapakah yang akan menjaganya nanti. Disebabkan dia mempunyai kecacatan fizikal dan mental, kehidupan sehariannya berlainan dari bayi yang normal, malam bagai siang dan siang bagai malam. Bayangkanlah setelah saya berjaga hampir setiap malam dan pada siangnya terpaksa turun bekerja, pastinya menjejaskan kesihatan saya. Walau bagaimanapun kehendak Yang Maha Esa saya sentiasa dalam keadaan sihat. Walau pun saya dalam kepayahan menjaganya , namun semangat untuk meneruskan pelajaran tidak pernah pudar.  Makanya apabila anaku tidak tidur malam ketika itulah saya mentelaah buku pelajaran. Memang benar setiap suatu kejadian yang diberikan oleh tuhan pasti ada rahmatnya.  Dalam kepayah itulah akhirnya saya lulus dalam peperiksaan STPM. Dan sehingga ini saya terus berazam untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dengan meneruskan pelajaran saya menerusi Pengajian Jarak Jauh. Anakku adalah sumber insprasi, kerana ketika ini dia sudah berusia 7 tahun dan amat senang untuk menjaganya. Dialah anugerah yang paling berharga yang tuhan berikan kepada saya. Dia sebagai pengikat kasih sayang bagi kami sekeluarga. Kepada ibu yang mempunyai anak kurang upaya jangan sia-siakan hidupnya dan jangan berasa jemu mengasuhnya dia bukanlah sebuah penghalang bagi kita untuk berjaya. Dia adalah anugerah tuhan yang paling suci.


Gambar Ketika bercuti di Ranau


Gambar Suami