Make your own free website on Tripod.com
Pulau Labuan


 

SEJARAH W.P.LABUAN

              Pada tahun 1846, tentera-tentera British telah menakluki Labuan dari Jajahan kerajaan Brunei.  Setahun kemudian, perjanjian resmi telah dimeterai bagi penyerahan Labuan kepada British antara kerajaan Brunei dengan British.  Tahun 1848, Labuan diisthiarkan sebagai pulau bebas cukai dan pada tahun 1890 pihak British menyerahkan Labuan kepada British North Borneo Charterd Company tetapi di serah semula kepada British pada tahun 1904.  Diantara tahun 1941 hingga 1945 Labuan telah dijajah oleh pihak Jepun dan pada tahun 1945, Labuan bersama Sabah dikembalikan sekali lagi ketangan British.

              Detik bersejarah adalah pada tanggal 16.9.63, dimana Labuan bersama Sabah telah disatukan dalam Malaysia dan seterusnya ditukarkan ke status Wilayah Persekutuan pada 16//4/1984.  Mulai dari hari tersebut, ia ditadbirkan dari Kuala Lumpur menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan .  Kemudian pada 1.10.1990 ia diistiharkan sebagai International Offshore Finacial centra. Penduduk WP Labuan terdiri dari berbagai kaum yang mana kaum yang terbesar adalah berbangsa Melayu iaitu sejumlah 48.36 % . Jumlah penduduk WP labuan ialah 76,067 yang mana seramai 78.77% alah Warganegara Malaysia manakala 21.23 % adalah bukan Warganegara

 

KEDUDUKAN GEOGRAFI.

             WP Labuan ialah satu gugusan 6 buah pulau-pulau yang terletak di bahagian pantai barat negeri Sabah, menghadapi Teluk Brunei.  Kedudukanya adalah stratejik kerana ianya terletak menghadapi laut Cina Selatan di bahagian Timur dan Utara berhampiran Negara Brunei Darul Salam di bahagian Tenggara dan Negara Filipina di bahagian Barat daya.  Ianya juga menghadapi kawasan perairan antarabangsa yang mana menghubungi Negara-negara timur jauh, republic Rakyat Cina, Vitenam, Singapura dan Indonesia.  WP Labuan juga terletak dibahagian pertengahan Negara-negara ASEAN, yang mana jarak jauhnya dengan ibu-ibu negeri ASEAN adalah lebih kurang sama.

            WP Labuan sebagaimana yang dijelaskan di atas, mengandungi 6 buah Pulau iaitu Pulau labuan, Pulau Kuraman, Pulau Risikan Besar, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Daat, dan Pulau Papan. Keluasan keseluruhan kawasan WP Labuan yang diwartakan ialah 358.14 KM persegi (termasuk kawasan perairan). Manakala keluasan Pulau Labuan ialah 87.7 KM persegi

 

TEMPAT BERSEJARAH.

               WP Labuan mencatatkan beberapa tempat tinggalan bersejarah diantaranya  Kewujudan Terowong Di Bukit Kubong, Menara Chimney, Landasan Keretaapi, Taman Damai, dam World Grip . Salah satu peninggalan sejaran yang ingin saya kongsi bersama saudara ialah sejarah ringkas Menara Chimney.

            Menara Chimney merupakan satu daripada beberapa peninggalan bersejaran di tajung Kubong yang terletak kira-kira 12 km ke utara pusat Bandar.  Dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai punil, ia adalah mercutanda bersejaran terkenal dan unik di WP Labuan.  Fungsi sebenar bangunan Chimney masih belum dapat dipastikan walaupun banyak andaian tentangnya.  Ramai menyangka ia adalah tempat pengalihan udara untuk terowong bawah tanah, tetapi kerja-kerja ekskavasi mendedahkan tidak terdapat sebarang struktur terowong dibawahnya.  Ia juga tidak mungkin sebuah cerobong asap seperti namanya kerana tidak dijumpai sebarang kesan pembakaran pada dinding dalam.  Sebahagian menyatakan ia adalah sebuah rumah api berdasarkan kedudukanya di tanah tinggi dan pernah terdapat sebuah pelabuhan di kawasan pantai Lubok Temiang suatu ketika dahulu.  Cerita tempatan pula menyebut ia sebagai menara loceng untuk memaklumkan ketibaan kapal.  Andaian bahawa Chimney adalah sebuah mercutanda lebih mudh diterima kerana tapak persekitaranya adalah pusat utama perlombongan dn pengumpulan arang batu di tanjung Kubong sebelum diangkut kepelabuhan atau ke Bandar Victoria.  Jadi sebuah mercutanda adalah perlu untuk menandakan signifikan kawasan ini kepada aktiviti perekonomian sekitar.  Tambahan pula kawasan Chimney adalah penghujung landasan keretapi Labuan dan ini menggambarkan bertapa sibuk dan aktifnya kawasan ini ketika itu.  Malah Chimney dipercayai dibina pada penghujung 1890-an, iaitu selepas siapnya landasan keretapi ke Tanjung Kubong, kerana system pengangkutan yang berkeupayaan diperlukan untuk mengangkut ribuan batu-bata dan bahan binaan Chimney ke kawasan tersebut.

            Menara Chimney yang berketinggian kira-kira 32.5 meter (106-6)  merupakan satu struktur binaan daripada batu-bata berbentuk segiempat menjulang tinggi dn terdapat lubang didalamnya.  Terdapat dua pintu berbentuk melengkung atau gerbang setinggi 2.2. meter masing-masing menghadap ke barat dan selatan. Menara ini dibina menggunakan ribuan batu-bata merah  yang tidak dilepa dengan susunan dan rekabentuk bata corak Inggeris

             Keujudan Menara Chimney adalah bukti peninggalan aktiviti perlombongan arang batu di Tanjung Kubong  yang telah berusia lebih seabad . Ia juga adalah salah satu peninggalan sejarah  yang terdapat di Pulau Labuan.  Justeru itu untuk menjaga khazanah sejarah ini satu Pusat Informasi Chimney telah dibangunkan  dilokasi ini. Ia juga akan menambah bilangan produk pelancongan di pulau ini.

 


Masjid Wilayah Persekutuan

Labuan

 

Gambar Tugu Peringatan Perang Dunia Ke-2

 

 

Menara Chimney

Menara Chimney yang berketinggian kira-kira 32.5 meter (106-6)  merupakan satu struktur binaan daripada batu-bata berbentuk segiempat menjulang tinggi dn terdapat lubang didalamnya.

Peta Lama Labuan pada Tahun 1848 oleh Forbes, F. E