| Kerjaya Dalam PDRM |
||||
|
Kerjaya Polis Di Raja Malaysia merupakan kerjaya yang paling diminati
sejak di bangku sekolah lagi, makanya pada 2/4/1982 saya meyertai kerjaya
ini. Sejak itu bermulalah kerjaya saya sebagai seorang anggota PDRM. Mula
menjalani latihan asas selama 5 bulan di Pusat Latihan Polis ,
Jalan Semarak , Kuala Lumpur
Setelah menamatkan kursus asas Polis, saya telah ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru iaitu pada 11.9.1982 bertugas di Cawangan Tugas Am. Kemudian pada 8/7/1986 telah ditukarkan ke IPD Kota Tinggi Johor. Pada 21.3.1098 saya telah ditukarkan ke Ibupejabat Polis Daerah WP Labuan dan bertugas dalam cawangan tugas am. Lebih kuang 12 tahun dalam perkhidmatan saya telah dinaikkan ke pangkat Kopral . Seterusnya dinaikkan ke pangkat Sarjan pada 1/10/1999 dengan menyandang jawatan sebagai Sarjan kebajikan /Perkep. Untuk menimba pengelaman tugas dengan lebih mencabar saya telah ditukarkan ke cawangan Jabatan Siasatan Jenayah WP Labuan dengan menyandang jawatan sebagai Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah pada 16/3/2003. Seterusnya pada 1/5/2005 saya ditukarkan ke Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Kormesil dan menyandang jawatan sebagai Sarjan Siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil , di Ibu Pejabat Daerah Polis WP Labuan hingga sekarang.
|